Friday, February 4, 2011

Kelas Hiasan Kek dari Coklat Ganache dan Kelas Seni Ukiran Buah-buahan SKROL KE BAWAH UNTUK MAKLUMAT KELAS

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya. Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu. "Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau. 
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. "Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. "Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi. Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu. Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik. Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh. Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh. ''Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia. "Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu. "Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau. Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi. UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan. Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya. Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi. "Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.
by Utusan Online - Aizawati Ahmad

Anak Mak Limah Mengutip Tin
Tin Dikutip Di Tengah Padang
Indah Ukiran Di Meja Pengantin
tetamu Yang Datang Tak Jemu Memandang


KHASIAT BUAH-BUAHAN

Antara hidangan pencuci mulut paling mudah disediakan untuk sebarang majlis ialah buah-buahan. Ia bukan saja murah, sedap dan senang diperoleh, malah warnanya yang cantik menandakan ia mengandungi banyak khasiat, termasuk bahan antioksidan untuk melewatkan penuaan. Semua pakar pemakanan menyarankan kita makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Namun ada juga kajian menunjukkan jika ingin meningkatkan tahap kesihatan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran harian perlu ditambah kepada lima hingga sembilan hidangan. Makan banyak buah dan sayur bermakna kita memenuhi keperluan vitamin dan garam galian dalam badan.

Ia membantu mengurangkan kebergantungan kepada pil makanan tambahan yang bertujuan membekalkan vitamin dan garam galian yang tidak cukup. Kajian tempatan mendapati rata-rata masyarakat kita mengambil dua hingga tiga hidangan buah dan sayur setiap hari. Buah-buahan boleh menjadi makanan yang memuaskan apabila kita berasa terlalu lapar. Ini kerana buah dan sayur mengandungi serat yang tidak boleh dihadam; membuatkan kita berasa kenyang sehingga sampai waktu untuk makan hidangan lebih berat. Sejak berabad lamanya buah-buahan dilabel sebagai makanan menyihatkan dan mampu menjadi ‘agen’ menghalang dan melawan penyakit. Di kalangan masyarakat New Zealand, buah kiwi menjadi pelindung daripada selesema dan ia terbukti melalui kajian saintifik. Malah kandungan serat dalam buah dan sayur yang bertugas sebagai pelincir terbukti dapat mengelak masalah berkaitan gastrousus seperti sembelit. Serat ini menjadi bahan ‘pelincir’ untuk memudahkan proses perkumuhan dan menyingkir toksik dari badan.

Rumusan penyelidikan yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British edisi September 2001. Penyelidik mendapati amalan makan buah-buahan segar mengurangkan risiko kematian akibat penyakit serebrovaskular seperti strok sebanyak 32 peratus dan 24 peratus kematian disebabkan penyakit jantung bagi individu yang makan kurang satu hidangan buah sehari.
  • Buah-buahan juga ada banyak manfaat lain seperti:
  • - Sumber gula semula jadi sebagai tenaga segera
  • - Sumber terbaik vitamin dan garam galian
  • - Kaya dengan bahan antioksidan untuk melawan tindakan radikal bebas
  • - Mudah dimakan dan dihadam
  • - Kandungan seratnya menjadi bahan pelawas
  • - Mengandungi banyak air; membantu memenuhi keperluan air harian
  • - Membuat kita berasa kenyang lebih lama

Oleh kerana manfaatnya banyak, buah-buahan sepatutnya mendapat tempat lebih baik dalam pemakanan harian kita, bukan sekadar pencuci mulut. Bila waktu terbaik untuk makan buah? Ada yang berpendapat ia perlu diambil sebelum makan supaya penyerapan khasiat lebih berkesan. Adakah pendapat ini benar? Menurut Ketua Perunding Pemakanan Pusat Perubatan Sunway, Teng Yu Yuet, tidak kira dimakan dulu atau kemudian, khasiat buah tetap sama. Namun mereka yang ingin menguruskan badan boleh memulakan sajian tengah hari atau malam dengan buah atau sayur-sayuran (seperti salad) kerana ia mengandungi banyak serat yang membuatkan kita berasa cepat kenyang. Biasanya jika makan buah selepas makan nasi, kita mungkin berasa terlalu kenyang dan ia boleh menyebabkan kita berasa mengantuk serta kurang produktif, terutama pada tengah hari. Justeru, kurangkan makan nasi untuk memberi ruang kepada buah-buahan. “Buah-buahan boleh di makan bila-bila masa dan ia snek sihat yang sesuai untuk semua orang. Ia juga makanan dan langkah baik bagi individu yang mahu menurunkan berat badan.

“Bagaimanapun, individu ini masih perlu mengambil sumber makanan lain dan tidak hanya bergantung kepada buah-buahan kerana setiap makanan bersifat saling melengkapi. Ada banyak khasiat yang tiada di dalam buah-buahan,” katanya ketika ditemui sewaktu cabaran membeli-belah Lean Club anjuran Pusat Perubatan Sunway. Buah-buahan boleh dijadikan daya penarik untuk anak makan. Bagi yang mempunyai anak cerewet makan, buah-buahan mampu membuka selera mereka. Pun begitu, bukan semua orang boleh makan buah sesuka hati. Bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah-buahan mesti dalam kuantiti yang dibenarkan bagi mengelak masalah kawalan paras gula dalam darah. Makan banyak buah-buahan segar juga tidak akan menyebabkan kerosakan gigi. Walaupun ia mengandungi gula, kandungan air dan serat dalam buah akan ‘mencuci’ mulut. Soalnya, bolehkah berlaku masalah jika terlalu banyak makan buah? Prinsipnya mudah; segalanya perlu sederhana kerana apa-apa yang berlebihan akan memudaratkan. Terlalu banyak makan buah menyebabkan pemakanan tidak seimbang.
 Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Khasiat Jus Buah-buahan

Minum jus secara teratur ternyata dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang ringan. Berikut beberapa jenis buah yang dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatkan badan:

1. Aprikot 
Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah    bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.

2. Epal
Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.

3. Limau
Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.

4. Timun
Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.


MAKLUMAT KELAS

Kelas  coklat hiasan bunga ganache RM200.00. 
Coklat disediakan.

Kelas ukiran buah-buahan RM 300.00.
Buah-buahan disediakan dan sebilah pisau pengukir diberikan percuma. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke: 

Akaun CIMB  :  12160077101529
Akaun Penerima: Norimah binti Abdullah

Deposit untuk kelas coklat hiasan bunga ganache RM50.00 
dan ukiran buah-buahan ialah RM100.00.

Kelas akan diadakan di G-2-21, Jalan PJU 1A/38, Taman Putra Damai, Lembah Subang, 47301 Petaling Jaya. (Berhadapan dengan Depoh LRT Kelana Jaya)
 
Kelas diadakan 5 kali seminggu, setiap hari isnin, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 hingga 5 petang. makan tengahari dan minum petang disediakan. 

Kelas ukiran Buah-buahan. Buah-buahan disediakan dan dibawa pulang. Pisau pengukir diberi percuma. Hanya perlu membawa bekas untuk membawa pulang buah yang telah diukir. Kelas dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. 4 orang dalam 1 kelas.

Kelas Coklat Hiasan Bunga Ganache. Peralatan membuat bunga, kek dan coklat disediakan. Hanya perlu membawa bekas untuk membawa pulang kek yang telas di hias. 3 orang dalam 1 kelas


KELAS BULAN  MAC. 2011

Tel. untuk maklumat lanjut  - Kelas ukiran Buah-buahan

Tel. untuk maklumat lanjut - Kelas Hiasan kek dari Coklat 
                                                             Ganache







Berminat sila hubungi:
Norimah (kak Imah) hp: 012-2726797
E-mail: norimahely@yahoo.com


Thursday, February 3, 2011

Hiasan Coklat Ganache

Coklat Lebih Dasyat Dari Ciuman
Selain dikenal sebagai sebagai makanan kaya khasiat, coklat ternyata lebih asyik dari sebuah ciuman paling hot sekalipun. Studi yang dilakukan para peneliti Inggris ini meyakini satu hal bahwa membiarkan coklat meleleh di dalam mulut terbukti mampu meningkatkan detak jantung dan lebih mendongkrak gairah daripada berciuman, seperti dikutip dari AFP Senin (16/04).“Hasil ini sangat mengejutkan. Tak ada keraguan bahwa coklat memang membuat seseorang lebih bersemangat ketimbang berciuman dengan kekasih, karena makan coklat lebih cepat merangsang jantung dan coklat dibanding sensasi yang didapat saat berciuman,” jelas David Lewis, psikologis yang mengepalai studi yang merekam aktivitas otak dan jantung para relawan saat makan coklat dan berciuman.

Studi ini melibatkan 12 relawan dengan kisaran usia 20an. Mereka diminta mengenakan monitor jantung dan elektroda yang dipasang pada kepala mereka, untuk mengukur detak jantung dan aktivitas otak. Kemudian mereka diminta makan sepotong cokelat hitam sampai meleleh tanpa mengunyahnya, dan kemudian diminta mencium pasangan mereka.

Para peneliti kemudian menganalisa hasil rekaman aktivitas otak dan detak jantung para relawan. Hasilnya, ciuman penuh nafsu sekalipun tak bisa menandingi gairah yang didapat saat coklat meleleh di dalam mulut. Rangsang yang diciptakan saat cokelat meleleh di dalam mulut terbukti bisa mengirim sensor ke semua wilayah otak jauh lebih intens dibandingkan sensasi yang timbul saat berciuman.

“Sebelumnya kami sudah menduga cokelat hitam mampu meningkatkan detak jantung karena cokelat mengandung bahan-bahan yang merangsang. Namun yang membuat kita kagum adalah lamanya peningkatan dan pengaruhnya pada otak sangat mengagumkan, bahkan ciuman paling panas pun kalah dengan sepotong coklat yang meleleh di mulut,” Lewis, mantan psikologis dari Universitas Sussex yang saat ini membuka laboratorium pribadi bernama The Mind Lab.

Studi tentang coklat hitam dan gairah seksual juga pernah dilakukan sebelumnya oleh Dr. Andrea Salonia. Dalam pertemuan European Society for Sexual Medicine, Desember lalu, peneliti berkebangsaan Italia ini menyatakan coklat mampu membuat mood lebih terpenuhi, karena coklat diprediksinya mengandung lebih dari 300 substansi kimia, termasuk kafein dalam jumlah kecil, terobomin, dan phenylethylamine (stimulan yang terkait dengan amfetamin), yang terbukti bisa menaikkan minat dan fungsi seksual.

Lewis mencatat kenaikan detak jantung setelah mengkonsumsi cokelat hitam. Dari 12 relawan yang diteliti, detak jantung mereka naik dari 60 detak per menit melonjak menjadi 140 detak per menitnya. Nah, bagaimana dengan Anda, apa yang akan Anda pilih untuk menaikkan detak jantung Anda? Coklat atau ciuman?

Sumber: kapanlagi.com


Koko

Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko.

Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.


Serbuk Koko

Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.


Coklat

Barangan akhir koko terdiri daripada bahan makanan dan bahan bukan makanan. Walau bagaimanapun, produk-produk koko lebih dikenali dalam bentuk bahan makanan terutamanya coklat dan minuman koko. Kebanyak produk-produk ini seperti minuman koko, coklat dan konfeksioneri dihasilkan melalui campuran produk-produk separa proses koko dengan bahan-bahan lain seperti susu dan gula. Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi titga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan juga susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan. Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperolehi daripada barangan berasaskan koko, susu dan gula. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin